Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Yatt Hamzah sambut kelahiran puteri ketiga

Pelakon popular, Yatt Hamzah selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.33 kilogram (kg) di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pada jam 12.10 tengah hari semalam. Yatt memaklumkan bahawa dia dan anaknya berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Yatt Hamzah Sambut Kelahiran

"Kami sekeluarga menzahirkan rasa syukur kepada ALLAH atas kelahiran puteri kami yang ketiga ini. Jutaan terima kasih atas doa dan sokongan semua terutama keluarga, rakan dan pihak yang mendoakan termasuk peminat setia kami," luah Yatt melalui status Instagramnya.

Yatt Hamzah atau nama penuhnya, Haryati Hamzah berharap anaknya kelak bakal membesar menjadi insan yang baik.

"Mohon doakan agar anak ini jadi seorang mujahidah yang solehah dan hafizah al-Quran. Semoga dia menjadi hambaNya yang faqih lagi muttaqin," doa Yatt Hamzah.

Yatt Hamzah telah bernikah dengan juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khairuddin pada tahun 2016 dan dikurniakan cahaya mata Suci Humaira Iqlima. Manakalah dalam perkahwinan sebelum itu, Yatt memiliki anak perempuan, Suci Hanania Malika.