Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Siti Sarah sedang belajar untuk berhijab

Siti Sarah Raisuddin

Ramai yang tertanya-tanya dengan penampilan terbaru penyanyi Siti Sarah selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah Ramadan lalu.

Namun, penyanyi ini mempunyai jawapan tersendiri ketika ditanya mengenai penampilan terbaharunya yang mula mengenakan hijab dan turban dalam pertemuan dengan beliau selepas majlis 'Siti Sarah Special Showcase' di Matic, Jalan Ampang baru-baru ini .

"Saya sedang belajar. Insya-Allah. Saya mohon doa agar terus istiqamah. Saya tak berani janji tetapi saya mohon doa semua. Awalnya saya agak janggal, tetapi lama kelamaan sudah terbiasa.

"Setakat ini, saya selesa mengenakan turban ketika melakukan persembahan pentas dan saya selesa berhijab jika keluar ke rumah," kata Sarah.

Menyentuh mengenai 'Siti Sarah Special Showcase' yang berlangsung pada Jumaat lepas, Sarah menganggap ini sebagai titik mula yang baik untuk kerjaya seninya.

"Alhamdulillah, showcase yang dibawa khas oleh produk Pinky Pinky yang diusahakan bersama suami serta kerjasama Indigital ini berjalan lancar. Syukur kerana showcase ini 'full-house'.

"Saya merasakan ini sebagai permulaan yang baik untuk melangkah lebih yakin dalam arena nyanyian selepas sekian lama tidak muncul dengan persembahan begini," katanya.

Di acara tersebut, Sarah menyampaikan lagu popularnya seperti Jangan Kau Mimpi, Kesetiaan, Saat Hilang Cintamu, Ku Teruskan, Menari Denganku dan single terbarunya yang berjudul Semakin