Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Siti Nurhaliza Selamat Bersalin

Sekalung tahniah diucapkan buat Datuk Sri Siti Nurhaliza dan juga suami kerana telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka kira-kira jam 8.17 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Dalam perkembangan yang dikongsikan melalui Instagram miliknya itu, bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilahirkan itu secara pembedahan dan diberi nama panggilan sementara Fatimah Az-Zahra.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab
Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu. Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya, jelas pengurus Siti, Rozi Abdul Razak, dalam kenyatannya di Instagram.