Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Siti Nurhaliza dan Neelofa beza 100,000 peminat di IG

Siti Nurhaliza dan Neelofa beza 100 000 peminat di IG

INSTAGRAM (IG) dan artis kini tidak dapat dipisahkan. Kalau dahulu peminat perlu membeli naskhah majalah mahupun surat khabar demi mengikuti berita terkini artis kesayangan mereka. Kini tidak lagi, apabila media sosial seperti IG menjadi pilihan ramai artis untuk berkomunikasi dengan para peminat.

Jadi, tidak hairan IG kini menjadi antara platform untuk melihat populariti masing-masing selain daripada media sosial yang lain.

Terbaru, Neelofa dikatakan mendahului artis terkenal lain dengan 5.8 juta pengikut. Jumlah ini mendahului 100, 000 jumlah pengikut IG, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bagaimanapun, penyanyi tersohor negara ini sebenarnya menunjukkan peningkatan yang tinggi, dari 4.7 juta pengikut pada bulan Mac kepada 5.7 juta orang pengikut. Ini membuktikan Datuk Seri Siti masih gah di hati peminat setelah 23 tahun bertapak dalam industri hiburan tanah air.

Berikut adalah 10 artis terkenal yang mempunyai pengikut IG paling ramai di Malaysia.

1.@neelofa (Neelofa Noor) – 5.8 juta

2.@ctdk (Siti Nurhaliza) – 5.7 juta

3.@noradanish (Nora Danish) – 5.6 juta

4.@zizanrazak869 (Zizan Razak) – 5.3 juta

5.@schaalyahya (Scha Alyahya) – 4.5 juta

6.@haniszalikha (Hanis Zalikha) – 4.5 juta

7.@missfazura (Nur Fazura) – 4.3 juta

8.@jannanick (Janna Nick) – 4 juta

9.@elfiraloy (Elfira Loy) – 4 juta

10.@awalashaari (Awal Ashaari) – 3.9 juta

Sumber: MHETV.my