Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Shaheizy Sam: Harap kutip lebih RM40 juta dari Polis Evo 2

Shaheizy Sam Kutip lebih RM40 juta dari Polis Evo 2

Shaheizy Sam ketika ditanyakan perasaannya terkejut dan gembira mengenai fenomena filem Polis Evo 2.

Sam berkata, “Saya rasa terkejut dan gembira dengan kutipan RM3.5 juta untuk Polis Evo 2 ketika hari pembukaannya Khamis lepas”.

Menurutnya, segala penat lelah dan usaha krew produksi berbaloi dengan penerimaan awal yang baik daripada penonton ini.

Sam juga berharap filem itu dapat ditonton seluruh masyarakat tanpa mengira kaum kerana ia adalah filem yang boleh dibanggakan Malaysia.

“Saya bersyukur ramai yang berharap Polis Evo 2 mendapat kutipan lebih RM40 juta, seperti filem tempatan yang lain

“Saya juga yakin sekiranya kutipan filem ini lebih tinggi, pihak produksi akan membuat pelaburan yang lebih besar untuk sambungan Polis Evo 3 pula nanti,” ujarnya ketika ditemu bual dalam program Komen Pagi.

Shaheizy turut yakin penonton akan memberi sokongan kepada filem tempatan sekiranya ia dihasilkan dengan kualiti yang baik dan memuaskan.

Pelakon ini turut memberi nasihat kepada penonton agar tidak melakukan rakaman secara langsung di media sosial ketika menonton filem ini.

“Filem ini kena ‘enjoy’, tengok di pawagam. Jadi, janganlah buat ‘live streaming’ dan kongsi di media sosial. Sebab, itu adalah perbuatan cetak rompak."

Selaind daripada Shaheizy Sam, Polis Evo 2 turut dibintangi Zizan Razak, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira dan ramai lagi ditayangkan di lebih 146 pawagam di seluruh negara dan Brunei.