Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Adam Shah tegur Keke Challenge, Fatin Afeefa persoal nafkah anak

Seperti yang sedia tahu, aksi menari di depan kereta yang bergerak atau dikenali sebagai ‘Keke Challenge’ yang tercetus dari lagu In My Feelings nyanyian Drake, telah menarik perhatian ramai di media sosial.

Tidak ketinggalan juga golongan selebriti tanah air yang turut mencuba aksi tersebut dengan gaya mereka yang tersendiri sehingga menjadi viral, antaranya pelakon rupawan Fatin Afeefa.

adam shahz dakwa dibomoh ini respon fatin afeefa 1

Walaupun hanya dilakukan untuk suka-suka, ternyata bukan semua pihak yang menyenangi aksi tersebut yang dianggap sebagai sesuatu pengaruh yang tidak sihat malah mampu membahayakan.

Pelakon Adam Shah baru-baru turut menyuarakan pendapatnya berhubung aksi tersebut di mana pelakon filem Juvana itu merasakan golongan selebriti tidak seharusnya terikut-ikut dengan cabaran tarian itu.

Tambahan lagi, menurutnya, selebriti sepatutnya memberikan contoh yang baik buat masyarakat.

Bagaimana kenyataan Adam telah menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang melihat aksi tersebut dengan pandangan yang berbeza.

Apa yang menarik perhatian, bekas isterinya, Fatin Afeefa yang turut menyahut cabaran Keke Challenge sebelum ini dilihat seperti tidak bersetuju dengan pandangan tersebut apabila mengaitkan Adam dengan kenyataan itu dengan isu nafkah anak di laman Twitternya.

“Amboi.. orang ber’kekedance’ cakap memalukan agama dan bangsa. Kau tak bagi nafkah anak dah setahun, tak malu pula. Hahaha.. dasar hipokrit,” tulisnya.

Dalam perkongsian yang sama, Fatin turut memberitahu dia menyediakan sendiri keperluan anak-anaknya tanpa mengharapkan bekas suaminya iaitu Adam.

“Alhamdulillah, setakat ini anak-anak cukup makan, susu serta pampers. Saya guna duit sendiri, tak mengemis dari ‘bekas’ walaupun dalam agama memang tanggungjawab si dia dan tak perlu diajar atau diberitahu,” ujarnya.

Biarpun tidak menyebut nama, namun semestinya ramai yang tahu kepada siapa kenyataan tersebut ditujukan.

Berikutan itu Adam menjawab status yang ditulis bekas isterinya itu dan menjelaskan apa yang disuarakan sebelum ini dibuat secara umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa mahupun Fatin sendiri.

“Ramai yang terkesan dengan tulisan saya. Maaflah ya, saya tak tujukan pada sesiapa. Saya tulis umum untuk semua dan saya sendiri.

“Disebabkan saya tak sempurna, maka saya memperingatkan untuk saya juga. Yang terasa tu, faham-faham jela. Mentaliti kamu lebih rendah dari pengemis,” balas Adam.