Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Angkara watak Nek Pah, Azizah Mazhan dikecam

Drama 28 episod arahan Pali Yahya terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd yang disiarkan menerusi slot Akasia TV3 ini menjadi viral gara-gara tiga watak utama iaitu Saharul Ridzwan sebagai Shah yang menduakan isterinya, manakala Niena Baharun sebagai Husna dan Azizah Mazhan sebagai Nek Pah pula cuba memisahkan hubungan Shah dan isterinya Zahirah MacWilson yang dilakonkan Rafeeqa Huda.

image

“Biasalah, Penonton tentunya akan lebih beremosi bila melayan sesuatu drama tu, lagi-lagi drama berepisod” kata pelakon Azizah Mahzan mengenai lakonannya sebagai Nek Pah menerusi drama Jangan Benci Cintaku yang dibenci penonton.

Azizah mengakui ramai peminat mengecamnya kerana Nek Pah namun menganggap ia perkara biasa dalam kariernya. Itu bermakna, watak yang dibawa dalam cerita tersebut berjaya.

“Sebenarnya ia bukan pertama kali berlaku kerana dalam drama dulu-dulu pun situasinya sama. Cuma waktu itu, internet dan netizen belum semeriah sekarang.

“Sekarang pula ia trend dan itu yang ditujukan. Saya aminkan saja. Moga-moga doa mereka termakbul,” katanya

Pelakon serba boleh ini berkata, netizen akan menulis komen mengecam Nek Pah dimana-mana saja ruangan di media sosial yang disukai mereka namun akhirnya akan meletakkan pautan namanya.

“Mereka sengaja buat begitu supaya saya baca. Tapi saya okay saja langsung tiada masalah. Masa berlakon drama Syurga Yang Kedua pun sama situasinya. Lebih kurang sahaja kecamannya.

“Itulah sebabnya saya dah biasa dan lali dengan apa diperkatakan mereka. Saya tak pernah tertekan pun dengan apa yang berlaku dan anggap ini semua kerja, tanggungjawab saya untuk mengisi roh pada lakonan itu sendiri, tak kisahlah roh jahat atau baik,” katanya.

Menurut Azizah, semua orang sedia maklum dia sering ditawarkan membawa watak antagonis dan dia cuba mempelbagaikannya agar tidak kelihatan sama.

“Itu cabaran untuk saya sebenarnya. Saya akan cuba tidak jadi pelakon monotonous (membosankan) dan akan cipta wajah berbeza untuk watak-watak yang hampir sama (antagonis).

“Untuk Syurga Yang Kedua dan Jangan Benci Cintaku, wataknya hampir sama dan saya terpaksa bekerja untuk cari kelainan darpada aspek bahasa tubuh, melodi kata dan perwatakan untuk karakter itu.

“Alhamdulillah... saya bersyukur dapat ilmu daripada beberapa sifu lakonan yang hebat dari zaman teater lagi seperti Allahyarham Khalid Salleh, Mustapha Noor, Ismail Din dan Sidi Oraza yang banyak bagi tips ketika belajar,” katanya.