Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Filem Munafik 2 viral hingga ke Indonesia

Filem terbaru yang tidak lama lagi akan dikeluarkan iaitu Munafik 2,akan bermula apabila trailer rasminya telah meraih lebih 2 juta tontonan di Facebook dan YouTube dalam tempoh kurang 24 jam dilancarkan pada Isnin.

munafik2

Filem yang diarahankan oleh Syamsul Yusoff yang bakal menemui penonton seluruh negara pada 30 Ogos ini ternyata mendapat maklum balas yang begitu positif dan ramai daripada peminat filem seram bukan hanya di Malaysia tetapi juga negara jiran, Indonesia.

Syamsul Yusof yang merupakan pelakon utama filem ini meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya atas sokongan yang diberikan terhadap filem terbaharunya itu.

“Sambutan bukan sahaja diterima di YouTube yang berjaya mencatat lebih 80,000 tontonan tetapi turut boleh ditonton di Facebook yang kini sudah mencecah 2 juta tontonan.

Ia adalah sesuatu yang amat luar biasa dan sangat bersyukur kerana tidak menyangka mendapat sambutan sebegitu hebat daripada peminat tempatan dan luar negara," katanya.

Selain Syamsul, filem terbitan Skop Production ini turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali, Fauzi Nawawi, Mawi dan lain-lain.

Perkembangan ini tentunya memberi petanda awal kepada filem ini yang dijangka bakal meraih kejayaan besar dan menjadi sambutan yang hebat.