Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Salina tolak tawaran berlakon kerana melampau

Salina mendapat tawaran berlakon sebuah filem epik yang dijangka pecah panggung, tapi terpaksa menolaknya gara-gara adegan berkemban setiap masa dalam filem.

Salina, 36, memberitahu keputusannya selepas berfikir panjang dan berbincang bersama suami.

"Saya ada menerima tawaran berlakon untuk sebuah filem epik dua bulan lalu. Pada mulanya memang sangat teruja.

image 15

"Tapi bila berborak dengan pihak produksi memberitahu dalam filem itu saya perlu berkemban setiap masa dan ada babak mandi air terjun saya jadi berat hati.

"Selepas berfikir panjang dan berbincang dengan suami, saya terpaksa menolak tawaran tersebut.

Biarpun mengakui dia pernah berpakaian menjolok mata, namun Salina yang sudah berkeluarga tetap menjaga batasnya.

"Sebenarnya saya dah lama tak berlakon filem dan bila dapat tawaran itu sudah tentu rasa teruja.

"Tapi nak buat macam mana, pakaian itu terlalu seksi. Memanglah saya ada berpakaian seksi tapi tidaklah sampai mahu berkemban.

"Saya pun sudah berkeluarga dan ada anak perempuan. Saya tidak mahu gadaikan maruah demi nak berlakon filem," jelasnya. - Gosip Artis Malaysia