Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Saharul Ridzwan rayu doakan Luth Ali segera sembuh

Pelakon yang sedang hangat meningkat naik namanya, Saharul Ridzwan, 29, memohon jasa baik kepada semua peminatnya agar mendoakan kesihatan anaknya, Luth Ali, 10 bulan yang kini mengalami penyakit tonsil bernanah agar kembali sihat.

Katanya,

Ali mengalami demam panas dan batuk tiga hari yang lalu dan menyebabkan tidur serta selera makannya terganggu.

Pada awal, saya dan isteri menganggap ia demam dan batuk biasa tetapi selepas bertemu doktor, Ali disahkan mengidap tonsil dan sudah bernanah.

Saharul berkata, fokusnya kini pada kerja terganggu mengenangkan kesakitan dialami anaknya itu.

Screenshot 2018 0731 145842

Di laman sosial Instagram milik Saharul, pelakon itu memuat naik sekeping foto sedang mencium anaknya yang sedang tidur berserta kapsyen meminta peminat mendoakan kesihatan anaknya itu.

Doakan Ali sihat. Doktor periksa ada tonsil bernanah, sebab itulah tiga hari tak mahu makan.

Saya tahu macam mana sakit bila ada tonsil sebab saya pun ada tonsil. Sembuhkanlah anakku Ya Allah!

Bukan nak cari publisiti tapi saya merayu minta doa daripada semua. Semoga Allah mendengar setiap doa dari semua untuk anak kecil saya, Ali

Demikian rayunya pada kepsyen melalui siaran tersebut diakhiri dengan ucapan terima kasih.