Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Rita Rudaini luah rasa simpati terhadap Intan Liana Salleh

Rita Rudaini, pelakon wanita terkenal, memuat naik foto bersama madu Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh pada khamis lalu yang lantas menjadi tular di laman sosial.

Status yang berbunyi "Saya pernah menjadi isteri seperti dia" pada foto berkenaan seolah-olah menggambarkan bahawa Rita Rudaini merasai keperitan yang sedang dilalui wanita berkenaan.

rita rudaini dan intan liana salleh

Status tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memberi kata-kata semangat kepada Rita Rudaini dan Intan agar terus kuat melalui kehidupan tanpa seorang lelaki bergelar suami.

"Bila pernah diperlakukan begitu, dia terluka tengok wanita lain terkena benda yang sama, Intan mesti tabah macam kak Rita," ujar salah seorang instagramer @shnurazlina.

Rentetan status itu juga, ada netizen yang mempersoalkan hubungan Rita Rudaini dengan pelakon Izreen Azminda. Pelakon, Nazia Mustafa dan kakak kepada Intan, turut kelihatan didalam gambar tersebut. Gambar tersebut yang diupdate di instagram mendapat lebih 41,000 tanda like dan 600 komen.

Mereka bertemu dalam satu majlis jamuan makan tengah hari dan ramah mesra bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim di Putrajaya pada Rabu.

Rita Rudaini sebelum ini berkahwin dengan pemain bola sepak JDT iaitu Aidil Zafuan Abd. Radzak, 28, pada 25 Februari 2008 di Songkhla, Thailand namun bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4. Sebelum itu Rita pernah berkahwin denga pengulas sukan televisyen iaitu Akbar Shaari.