Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Rita Rudaini berjumpa bekas madu Izreen Azminda

Rita Rudaini

Dalam rancangan Melodi baru-baru ini Rita Rudaini meluahkan rasa kecil hati terhadap rakan baiknya, Izreen Azminda yang ‘menghilangkan’ diri dan menyebabkan akaun Instagram milik Ibu Tunggal itu pula menjadi tempat bagi netizen meluahkan kecaman.

Kelmarin Rita telah memuat naik gambar yang menunjukkan dia sedang menghabiskan masa dengan bekas madu Izreen, Intan Liana.

Gambar yang dimuat naik berserta kapsyen ‘Saya Pernah Jadi Isteri Seperti Dia’ itu menarik perhatian orang ramai, sekaligus menggambarkan Rita memahami keperitan yang dilalui Intan diceraikan tanpa sebab oleh suami, Ude Wahid.

Jika sebelum ini Rita kelihatan seolah-olah memihak kepada rakan baiknya, namun kini keadaan itu telah berubah. Malah rata-rata netizen memberikan komen yang positif, malah ada juga yang memuji sikap Rita yang tampil memberikan semangat kepada bekas madu Izreen itu.

Mereka yang mengikuti perkembangan Rita pasti tahu penceraian diantara beliau dan bekas suami, Aidil Zafuan pada 2013. Maka tidak hairanlah jika Rita memahami derita yang dilalui Intan yang kini terpaksa bekerja untuk menangung hidup.