Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Puteri Balqis hidap penyakit kanser

Kuala Lumpur, keadaan kesihatan pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis Azizi, 11, yang menghadapi masalah jantung, kembali menimbulkan pertanyaan ramai apabila perkongsian di Instagram peribadinya menunjukkan bintang cilik itu menjalani rawatan bersama hashtag #fightcancer.

Puteri Balqis hidap penyaki kanser

Status yang dimuat naik kelmarin menerusi akaun @rockingbalqis itu memaparkan gambar pelakon kanak-kanak berkenaan memakai topeng mulut dalam keadaan ceria berserta keterangan menyatakan dirinya sudah menjalani rawatan.

Melalui status tersebut, yang dipercayai dikongsi ibunya sendiri, Norashikin Mohd Aziz, tahap kesihatan Puteri Balqis yang mesra disapa sebagai Aqish itu juga dikatakan semakin baik.

Namun hashtag #fightcancer seakan-akan memberi gambaran mengenai penyakit sebenar Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 (2014) itu walaupun sebelum ini dia dikatakan menghadapi masalah jantung.

Ibunya sendiri ketika dihubungi telah mengesahkan anaknya menghidap kanser, tetapi tidak menyatakan secara terperinci jenis barah yang menyerang Aqish.

Sambil memohon maaf kerana enggan ditemubual pada waktu ini, Norashikin bagaimanapun berkata, semangat anaknya semakin kuat walaupun sedang berhadapan masalah kesihatan.

Berikut sahaja ulasan ibunya ketika dihubungi,

Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual. Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah. Apa pun dia semakin kuat.

Pada Mei lalu, Norashikin mengesahkan si kecil yang menceburi arena seni sejak usia dua tahun itu mengalami masalah jantung bermula dengan tanda demam berpanjangan dan kerap muntah.

Keadaan kesihatan yang tidak menentu dikesan sejak akhir tahun lalu hingga Aqish perlu keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan.

Puteri Balqis berlakon hidap sakit Kanser

Terdahulu Balqis pernah melakonkan watak sebagai pesakit kanser dalam beberapa buah drama, antaranya drama yang berjudul `Lambaian Ramadan` dan `Ana Anak Ibu`, mungkin inilah Nasib Aqish. Peminat ramai yang mendoakan kesembuhan Aqish dari penyakit bahaya berkenaan.