Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Luahan Rasa Bapa Elfira

Selepas ibu Elfira Loy dikatakan menyindir bekas tunang anaknya melalui intagramnya, hari ini bapanya, Ahmad Sabri Ariffin pula turut bersuara.

Dedah bapa Elfira, ketika majlis pertunangan berlangsung, hati kecilnya sudah merasakan sesuatu yang tidak kena. Malah perjalanan majlis juga tidak lancar seolah memberi petanda tidak baik tentang hubungan mereka.

“Secara jujurnya, ketika majlis bertunang yang berlangsung pada bulan Oktober lalu pun saya sudah rasa tawar hati. Tapi saya ikut rentak dan percaya mungkin ini semua ujian serta dugaan kecil. Majlis pertunangan pun sebenarnya kelam kabut”

“Saya rasa ia adalah petanda tak baik yang hubungan mereka takkan lama. Cuma saya tidak mahu buat keputusan terburu-buru kerana ia soal kebahagiaan anak sendiri. Kira-kira dua bulan selepas bertunang saya berbincang dengan ibu Elfira untuk tidak meneruskan hubungan mereka”

Sabri tetap bertegas bahawa wang hantaran bukan punca perpisahan anaknya dan Sufian biarpun isterinya sendiri membangkitkan soal itu baru-baru ini. Jelasnya pihak keluarganya juga tidak pernah meminta-minta tentang wang hantaran sebelum ini.

“Saya hairan kenapa ada yang beranggapan wang jumlah hantaran tinggi menjadi punca. Masa dua majlis berkenaan pihak keluarga saya sendiri tak ada minta yang minta-minta. Jadi kenapa perlu ada andaian itu dan ini,”katanya.

Kalau dulu pihak Elfira yang meminta pihak Sufian untuk tidak memberikan kenyataan kepada media tetapi nampaknya sekarang sudah terbalik apabila kini pihaknya pula yang banyak meluahkan rasa hati yang terbuku.