Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Komen Erma Fatima bila Umie Aida setuju berpoligami

Komen Erma Fatima bila Umie Aida terima berpoligami

“BERKAHWIN dan hidup bermadu bukannya mudah kerana ia membabitkan tiga individu. 3 hati yang perlu dijaga.

“Jika salah seorang tidak terima dan salah seorang tidak tahu bersyukur atau erti reda, lebih baik lupakan sajalah,” kata pengarah terkenal dan pelakon drama Mak Cun, Erma ketika diminta mengulas perkongsian adiknya, Datin Seri Umie Aida di laman sosial berhubung dirinya membenarkan suaminya berkahwin lagi, Sabtu lalu.

Dalam status dimuat naik di laman sosial itu, minggu lalu, pelakon filem Dukun itu memberitahu dia merelakan suaminya, Datuk Paduka Seri Khairuddin Abu Hassan berpoligami bagi mengelakkan perkara tidak elok.

Menurut Erma lagi, jika Umie, suami dan bakal madunya okay dan boleh menerima antara satu sama lain, mereka boleh teruskan untuk berpoligami itu.

“Kalau hanya Umie saja yang okay, tiada gunanya untuk mereka hidup bermadu. Sekiranya lagi 2 pihak tidak bekerjasama.

“Bukan madu yang seperti beruk dapat bunga kerana dia perlu sedar dirinya mengambil hak orang lain dan bertolak ansur,” katanya.

Erma ditemui pada sidang media Peniagawati sempens Minggu Fesyen Couture New York, Kuala Lumpur, hari ini.

Kata Erma lagi, jika bermadu perlulah menghormati hak isteri pertama. Kerana, kita telah mengambil hak orang lain.

“Sudahlah ambil suami orang. Hargailah hak orang kita ambil itu.

“Dalam hal ini, bukan tidak menyokong hidup bermadu tapi ia berdasarkan pengalaman hidup saya pernah bermadu,” katanya.