Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

'Keke challange' jadi 'Kiki kena tinggal'

Keke Challenge adalah suatu cabaran menari di luar kereta yang bergerak perlahan sambil diiringi lagu berjudul In My Feelings alunan penyanyi Barat, Drake. Kini lagu tersebut juga dikenali sebagai `Keke do you love me?`. Ramai rakyat Malaysia terpengaruh dengan cabaran trending ini, tidak terlepas, ramai juga artis yang mengambil peluang untuk mencubanya.

Screenshot 2018 0719 173735

Rakaman video cabaran Keke Challenge yang dimuat naik di laman Instagram penyanyi kecil molek Siti Sarah bertukar bahan jenaka apabila dia ditinggal suaminya, Shuib.

Siti Sarah, 34, berkata dia tidak menjangka Shuib akan bergurau sedemikian sekali gus menukar cabaran itu menjadi ‘Kiki Kena Tinggal’.

“Sejak semalam saya dan suami melihat ramai yang berkongsi video cabaran ini. Jadi, saya beritahu suami yang saya juga ingin melakukan perkara sama dan minta dia rakam. Suami ada cakap, tidak pula mereka ditinggal.

“Jadi, ketika dalam perjalanan ke sesi fotografi pagi tadi saya terus nak buat. Namun, tidak menjangka pula suami tinggalkan saya.

“Daripada ‘Keke Challange’ bertukar jadi ‘Kiki Kena Tinggal’,” katanya lagi..

Menariknya, video yang dimuat naik tiga jam lalu itu sudah ditonton lebih 600,000 dan mendapat 11,000 komen.

Ia sekali gus menjadikan video ‘Kiki Kena Tinggal’ Sarah itu paling ramai ditonton dan dikongsi dalam kalangan artis tempatan.

“Mungkin mereka terhibur apabila ‘Kiki Kena Tinggal’. Walaupun perkara ini bukan budaya kita, tetapi apa yang berlaku pada saya menjadikan ia dekat dengan kita.

“Sebenarnya saya pun tidak menjangka banyak yang komen, tengok dan kongsi. Paling mengejutkan apabila penyanyi Krisdayanti pun komen. Saya sangat gembira,” katanya.

Selain penyanyi Indonesia itu, antara artis lain yang memuji video Sarah seperti, Azharina, Janna Nick, Siti Nordiana, Datin Seri Umie Aida, Fasha Sandha, Maya Matahari, Nabila Huda, Noryn Aziz dan ramai lagi.