Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Kamal Adli Surprise Emma Maembong

Kamal Adli, pelakon terkenal itu telah membuat kejutan istimewa buat teman tapi mesra, Emma Maembong dan telah mendapat pujian ramai.

kamal adli dan emma maembong

Menerusi perkongsian Emma Maembong di laman Insta peribadinya, pelakon berdarah kacukan itu menyifatkan kejutan yang dibuat oleh Kamal Adli adalah yang paling manis pernah diterima.

"Hanya nak cakap thank you @kamaladli for the suprise. Paling sweet pernah orang buat dekat saya. Thank you awak. Kalau korang nak tahu ni bukan restoran atas bukit ye, ni dekat Bukit Besi Cheras. Ni diorang set up sendiri."

"Gigih korang hiking bawak naik kerusi meja makanan semua. Siap deco lampu-lampu lagi macam manalah korang bawa naik generator atas bukit.

"Apa-apa pun memang cantik sangat. Tak tahu nak kata cantik macam mana. Thank you again," tulis Emma.

Momen sweet dan romantik Emma Maembong dan Kamal Adli dikongsi di Instagram Emma Maembong dan di akaun YouTube miliknya.

Sehingga kini, video di YouTube itu telah ditonton lebih 320,000 dan telah mendapat hampir 7,000 tanda suka.

Rata-rata peminat mereka memuji kesungguhan dan kegigihan Kamal di ruangan komen dan berharap pasangan ini mendirikan rumah tangga kelak. Emma Maembong atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail menyambut hari lahir ke-26 pada 27 Mac yang lalu.

Kamal Adli menerusi perkongsiannya di Instagram turut mengucapkan terima kasih pada rakan-rakannya yang turut membantu membuat ‘secret garden’ dan kejutan buat teman tapi mesranya Emma Maembong.