Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Jasmin cabar generasi muda buat #AzanChallenge

Jasmin cabar generasi muda buat AzanChallenge

PELAKON Jasmin Hamid berkongsi satu video laungan azan setelah terpukau dengan suara yang sangat merdu dari penyanyi Zamani di Instagram (IG) miliknya.

Tulisnya, "Allahuakhbar... kita selalu dengar penyanyi hanya menyanyi. Apa kata kita dengar mereka laungkan azan pula. Kalau boleh pukau pendengar dengan alunan suara merdu melalui nyanyian, mesti boleh laungkan azan yang merdu untuk panggil umat Islam mendirikan solat.

Tulisnya lagi, "Pelakon pun ramai juga yang pandai dan merdu suara bila laungkan Azan,"

Dia juga ada menyarankan supaya diadakan challenge atau cabaran yang yang lebih baik untuk memperbaiki akhlak umat Islam.

“Cuba buat #AzanChallenge pula, lagi bagus daripada buat #Challenge yang merosakkan akhlak umat Islam, terutamanya generasi muda,” tulisnya.

Berdasarkan maklumat dari orang ramai dan peminat, ia merupakan sedutan video dalam satu program semasa penyanyi itu di pusat pemulihan beberapa tahun lalu.

Menerusi perkongsian itu, rata-rata memuji suara merdu penyanyi kesayangan ramai itu.