Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Forteen nafi pulaukan Izzue Islam punca tarik diri

Forteen nafi pulaukan Izzue Islam punca tarik diri

KUMPULAN Forteen menafikan dakwaan penyanyi Izzue Islam dipulaukan oleh anggota lain sehingga mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan itu.

Menurut Ariz yang mewakili ahli kumpulan yang lain, punca sebenar adalah disebabkan salah faham yang berlaku diantara ahli dan menyebabkan Izzue mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan ini.

“Masalah yang dihadapi oleh kami tidak besar mana, mungkin dia salah faham mengenai pemilihan lagu sebelum kami melakukan persembahan di ‘Gegar Vaganza Party Road to Finale’.

Antara lagu popular mereka adalah Berdua Bersatu, Kita, Tidak Pernah Berjumpa dan Dekat Tapi Jauh. Forteen ditubuhkan pada 2011 dan pernah bernaung bawah KRU Music.

“Tapi kes ini sedikit berbeza kerana tiada perbincangan yang berlaku antara kami dengan Izzue sehingga dia mengambil keputusan untuk keluar daripada Forteen.

Ariz berkata demikian ketika bertemu pada majlis sidang media Forteen di A&J Burger Grill Shah Alam, pada Rabu .

Pengumuman Izzue itu menarik perhatian peminat-peminat Forteen dan kebanyakkan mereka terkejut dengan pengumuman yang dilakukan olehnya.

“Selama tujuh tahun bersama segala masalah yang dihadapi kami akan berbincang bersama-sama dan akan selesaikan dengan baik.

“Kami agak terkejut dia keluarkan kenyataan dipulaukan oleh anggota yang lain sedangkan kami tidak diberikan ruang untuk bercakap.

“Dia beranggapan bahawa kami tidak  menghiraukan pendapatnya berkenaan pemilihan lagu dan belum sempat kami nak kata apa-apa mengenai lagu yang dipilih, dia terus mendiamkan diri dan tiga hari selepas itu dia buat keputusan untuk mengundurkan diri,” katanya kepada Gempak.

Sebelum ini, Izzue telah membuat kejutan di karpet merah akhir Gegar Vaganza apabila membuat pengumuman menarik diri daripada kumpulan Forteen.

Izzue yang diwawancara secara langsung di siaran GV Live+ memberitahu punca dia menarik diri kerana sudah tidak ada persefahaman.

Izzue terdahulu ini pernah menghasilkan lagu solo berjudul Bimbang, Sahabat, Muzik Tiduranku serta turut dikenali sebagai pelakon.

Forteen kini dianggotai oleh tiga anggota iaitu One, Ameer dan Ariz selepas penguduran Izzue.