Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Forteen: Izzue tetap dengan keputusan keluar kumpulan

Forteen berdamai Izzue tetap dengan keputusan keluar kumpula

PETALING JAYA - Masalah dalaman yang berlaku kepada kumpulan Forteen akhirnya menemui jalan peyelesaian apabila Izzue Islam memilih untuk berdamai dan telah dipertemukan dengan tiga orang ahli lain iaitu One, Ariz dan Amer dalam satu majlis di sini sebentar tadi.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 28, nekad dengan pendirian untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut walaupun telah berdamai.

"Kata orang, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Kita semua ada ego masing-masing. Namun pertemuan yang berlaku hari ini, memang ini yang saya mahukan.

"Saya masih tetap dengan pendirian namun tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersama Forteen," ujar Izzue.

Ujar Izzue lagi, dia perlu menjernihkan isu di antara mereka sebelum membuat sebarang keputusan yang melibatkan banyak pihak.

"Ada beberapa isu yang memerlukan perbincangan antara kami. Saya tiada menyimpan dendam dan masih sayang dengan kumpulan Forteen.

"Saya berharap peminat mendoakan segala yang terbaik buat saya dan juga Forteen selepas ini. Siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang," kata Izzue. Dalam masa itu, One atau nama lengkapnya Mohammad Ridzuan Sharifuddin tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika pertemuan berkenaan.

"Tujuh tahun bersama, banyak perkara yang telah kami lalui bersama. Saya tidak sangka pengakhirannya begini dan Izzue mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan ini.