Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Feeya Iskandar Kini Penyampai Radio Suria FM

Feeya Iskandar telah menerima tawaran sebagai penyampai radio Suria FM bukanlah sebab gaji lumayan.Sebaliknya, Feeya atau lebih dikenali sebagai Cik Piah berkata, keputusan untuk berhijrah ke stesen tersebut kerana beliau inginkan cabaran baharu dan keluar dari zon selesa.

Feeya Iskandar

“Faktor utama saya mengambil keputusan untuk terima tawaran menjadi penyampai radio Suria FM ini disebabkan ingin keluar dari zon selesa. Kini tiba masanya saya mencuba dan melakukan perubahan dengan berhijrah ke radio lain pula. Bukanlah disebabkan semata-mata tawaran gaji yang lumayan,” kata Cik Piah.

Feeya Iskandar bakal mengendali segmen Gaya Suria yang membawakan perkongsian mengenai tips kekeluargaan, kesihatan, kewanitaan serta informasi dunia hiburan terkini bermula Isnin depan hingga Jumaat.Slot bermula pada pukul 10 pagi hingga 1 petang itu menggantikan slot Menu Suria kelolaan Brian.

Sebelum ini, Cik Piah meninggalkan Sinar FM pada 19 Januari lalu.Dalam pada itu, Suria FM turut mengadakan siri Jelajah Suria yang menampilkan barisan artis membuat persembahan. Pengurus Program Suria, DJ Lin, berkata siri jelajah pertama itu akan diadakan di empat lokasi yang berbeza.

“Untuk siri pertama ini, kami adakan di empat lokasi iaitu Taiping, Putrajaya, Seremban dan Johor Bahru,” ujarnya DJ Lin yang merupakan pengurus program Suria.

Jelajah Suria FM bermula pada 10 Mac lalu di Taiping Central Mall dan pada hari ini diadakan di IOI City Mall, disini dengan persembahan artis iaitu Elyana, Lan Solo, Ismail Izzani, Syamel, Nizam Laksama dan ramai lagi.

Jelajah Suria seterusnya akan berlansung di Mydin Seremban 2 pula pada 24 Mac dan akhir sekali di Mydin Mutiara Rini, Johor Bahru pada 31 Mac ini.