Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Farid Kamil: 5 kes pertuduhan jenayah akan dibicarakan

Farid Kamil 5 kes pertuduhan jenayah akan dibicarakan

Datuk Farid Kamil, seorang pelakon dan pengarah akan membuat pengakuan bersalah sekiranya representasi bagi menggugurkan dan mengurangkan lima pertuduhan jenayah dihadapinya diterima Pejabat Peguam Negara.

Peguam Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakili Farid Kamil memaklumkan hal itu pada hari pertama perbicaraan lima kes tersebut di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Katanya, “Sekiranya representasi berjaya, anak guam saya ingin mengaku bersalah dan ini sekali gus dapat mengurangkan kos dan masa mahkamah”.

Sebelum ini, Megat Syazslee, representasi itu dihantar pada Jumaat (23 November lalu) kepada Pejabat Peguam Negara dan dalam prosiding hari ini, beliau memohon untuk penangguhan perbicaraan sehingga keputusan mengenai representasi itu diterima.

Demikian itu, Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran berkata, pihak pendakwaan mengesahkan sudah menerima representasi itu pada lewat petang Jumaat lalu.

“Pihak pendakwaan masih belum sempat meneliti keseluruhan dokumen itu namun bagi perbicaraan pada hari ini, empat saksi hadir untuk memberi keterangan.

Katanya lagi, “Justeru, saya serahkan kepada budi bicara mahkamah sekiranya perbicaraan kes ini ingin ditangguhkan”.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan kepada 6, 12, 13 dan 14 Disember depan.

Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 16 Januari lalu.

Selain itu, pada 9 Mac lalu, Farid Kamil didakwa sekali lagi atas pertuduhan membuat keterangan palsu bersabit sebuah laporan polis yang mendakwa dirinya dianiaya apabila minumannya dimasukkan dadah oleh tiga rakannya termasuk pelakon Sofi Jikan.