Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Perkahwinan kunci bahagia, kata Fadlan Hazim

Fadlan Hazim iaitu perlakon terkenal yang hangat bercinta dengan seorang gadis berbangsa Cina berkata, sejujurnya Fadlan Hazim tidak kisah berkongsi mengenai kisah peribadinya dengan peminat yang selama ini banyak menyokong perjalanan kariernya sebagai anak seni.

fadlan hazim

Menurut pelakon popular menerusi drama bersiri Papa Ricky dan Tak Ada Cinta Sepertimu ini, jika ditanya tentang soal perkahwinan sekalipun dia akan ceritakan.

"Perkara yang baik seperti, apa salahnya jika saya kongsikan bersama"

"Biasalah, dalam kehidupan seseorang pasti mengimpikan untuk berumah tangga bersama pilihan hati" katanya.

Pelakon ini yang berumur 26tahun bersifat secara terbuka.

Saya ada perancangan tetapi saya berserah kepada takdir danrezeki. Perkahwinan bukanlah satu permainan, kita haruslah memahami pasangan, malah kami masih lagi saling mengenali hati masing-masing," katanya secara terbuka.

Fadlan Hazim dan pasangannya, Julie Anne berkawan sejak dibangku sekolah menengah dan kisah cinta mereka mula berputik sejak beberapa tahun lalu.

"Dalam mengenal hati budi, pelbagai cabaran telah kami tempuh dan pernah putus kemudian bercinta balik. Alhamdulillah masih bersama.

"Walaupun kami berlainan bangsa dan agama, alhamdulillah Julie Anne banyak memahami," kata Fadlan Hazim yang ditemui ketika sesi photoshoot drama bersiri Raisha di Sri Rampai baru-baru ini.