Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Elyana Terpaksa Gugurkan Kandungan

Elyana penyanyi terkenal mendedahkan dia terpaksa menggugurkan kandungannya yang baru berusia dua bulan pada 7 Mac lalu atas faktor kesihatan yang dialami.

Elyana Terpaksa Gugurkan

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 31, yang kini menghidap kanser limfoma tahap empat itu berkata, disebabkan dia perlu bergantung kepada pelbagai jenis ubat, dia terpaksa menggugurkan kandungan tersebut bagi mengelakkan kemudaratan.

“Sebenarnya 10 hari lalu saya terpaksa menggugurkan kandungan yang sudah berusia dua bulan. Keputusan tersebut terpaksa dilakukan atas sebab keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Sekarang saya perlu makan ubat yang banyak,” kata Elyana.

Elyana ditemu ramah ketika Jelajah Suria FM di IOI City Mall, di sini pada Sabtu. Elyana terpaksa gugurkan kandungan atas faktor kesihatan.Dia mengakui sangat bersedih dengan keputusan yang perlu dilakukan memandangkan dia teringin mempunyai anak yang ramai dan pernah keguguran disebabkan hamil luar rahim pada awal 2016.

Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini mengakui bimbang jika bayi yang bakal dilahirkan tidak cukup sihat disebabkan kesan daripada ubat-ubatan berkenaan.

“Tiba-tiba dapat tahu hamil tapi terpaksa gugurkan. Saya sangat sedih sebab memang nak sangat anak. Sebelum ini pernah gugur tapi disebabkan hamil luar rahim. Kalau kanser limfoma saya ini masih peringkat awal mungkin saya boleh kuat tapi peringkat sekarang takut nanti bayi lahir tidak cukup sihat.

Tambah Elyana, sebelum membuat keputusan untuk gugurkan kandungan, dia ada bertanya terlebih dahulu kepada ustaz dan pakar mengenai perkara tersebut.

“Saya ada tanya pendapat ustaz juga mengenai perkara ini dan dia beritahu jika dah memudaratkan kesihatan, memang perlu lakukan proses gugur kandungan,” kata Elyana Lagi.

Sebelum ini, Elyana mengejutkan satu Malaysia apabila mengumumkan dia menghidap kanser tahap empat ketika membuat ucapan selepas tersingkir daripada meneruskan pertandingan program Gegar Vaganza.