Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Elfira Loy tayang tunang dapat pujian netizen

Elfira loy tayang tunang dapat pujian netizen

KUALA LUMPUR: Elfira Loy telah memuatnaik gambar bersama seorang lelaki di laman Instagramnya, semalam, telah mendapat pujian netizen. Rata-rata netizen menyifatkan tunang pelakon tersebut memiliki rupa paras yang menarik.

Status yang dimuatnaikkan oleh Elfira "you are too short too handle"can I take this as compliment as well, telah mendapat tanda suka hampir 112, 785 dan hampir 464 komen termasuk daripada rakan artis seperti Tomokofficial.

Difahamkan tunang beliau bertugas sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di ibu kota, malah merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk yang terkenal. Majlis pertunangan pasangan tersebut telah diadakan secara tertutup dan sederhana sahaja di rumah keluarganya sebelum ini tidak seperti pertunangannya yang terdahulu.

Terdahulu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 dan merencana untuk mendirikan rumah tangga pada Mac tahun ini. Namun, jodoh mereka tidak kesampaian apabila sah putus tunang pada 18 Februari lalu.