Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Elfira Masih Berhubung Dengan Sufian Suhaimi

Elfira Loy dan Sufian Suhaimi semakin hangat apabila pihak pengurusan penyanyi lelaki itu meminta mana-mana pihak tidak terus mengeruhkan lagi keadaan apabila isu berkenaan dilihat masih belum reda.

sufian suhaimi dan elfira

Pengurus kepada Sufian dari Aries Music iaitu Mahadhir Mohamad, berkata, pihaknya turut kesal kerana keluarga Elfira masih memberi komen termasuk mendedahkan beberapa perkara di laman sosial berhubung isu berkenaan.

Tidak selesa dengan hal tersebut, Mahadhir akhirnya terpaksa membuka mulut untuk melindungi artisnya dengan mendedahkan perkara sebenar mengenai hubungan pasangan itu.

Ujar Mahadhir, selepas pasangan berkenaan secara rasmi putus tunang pada 18 Februari lalu, Elfira sebenarnya masih menghubungi Sufian.

"Selepas putus tunang, Elfira masih menghubungi Sufian tapi saya minta dia (Sufian) supaya tak perlu lagi layan, tapi Sufian ni jenis lelaki yang baik dan tak boleh menolak.

"Saya ada minta dia tak perlu panjang-panjangkan lagi dan move on, buat hal sendiri sahaja. Sufian pun dah tak mahu lagi hubungan ini," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, ibu kepada aktres tersebut iaitu Filzah Yusoff memuat naik beberapa status di laman Instagram yang lebih kepada meluahkan perasaan terbuku di hatinya mengenai individu yang bersikap tidak baik iaitu melakukan penipuan. Sementara itu, Mahadhir turut berasa hairan mengapa ibu Elfira mengeluarkan kenyataan mengatakan Sufian seorang penipu sedangkan penyanyi itu tidak pernah berbohong dengan mereka.