Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Elfira Loy bertunang? Sufian ucap tahniah

Dunia hiburan pada hari ini telah dikejutkan akan dengan cerita pelakon terkenal, Elfira Loy yang telah bertunang dengan jejaka pilihannya, semalam.

Difahamkan majlis merisik sekali gus bertunang itu berlangsung sekitar pukul 10 pagi di Alam Damai yang mana hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja.

image 17

Menguatkan lagi perkhabaran itu, Elfira ada memuat naik gambar berbentuk 'hati' di Instastory, awal pagi Ahad.

Malah sebelum ini, Elfira, 24, pernah berkongsi momen manis bersama jejaka itu beserta kapsyen berbunyi, "Buang kebencian , lahirlah kebahagiaan," tulisnya.

Sementara itu, portal mStar Online melaporkan bekas tunang Elfira, iaitu Sufian Suhaimi mengucapkan tahniah jika berita yang tersebar ini benar.

"Saya tidak tahu, terima kasih tentang info itu. Saya ucapkan tahniah. Semoga bahagia sampai syurga," katanya ringkas.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan Sufian Suhaimi pada 6 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis pertunangan besar-besaran, namun berakhir pada 18 Februari lalu.