Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Dukun Kini Di Pawagan Pada 5 April

Dukun bakal berada di pawagam selepas 12 tahun 'disimpan'. Filem Melayu, Dukun, dijangka bakal mendapat sambutan hangat di seluruh pawagam di tanah air pada 5 April ini.

dukun filem dukun

Penayangan filem ini sekali gus merungkai misteri perempuan berkebaya merah yang tular, sejak minggu lalu dan mungkin mereka berkaitan.

Tambahan lagi, poster rasmi filem Dukun memaparkan Datin Paduka Umie Aida yang melakonkan watak Diana Dahlan iaitu dukun dalam filem tersebut malah turut mengenakan kebaya merah yang sama.

Filem seram thriller ini diadaptasi daripada kes pembunuhan tinggi yang membabitkan ahli politik, Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam ini, sepatutnya ditayangkan pada Disember 2006 tetapi tidak dilepaskan oleh LFM.

Diklasifikan bawah kategori P13, trailer promosi Dukun juga mula disiarkan selepas mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada 23 Mac lalu dan dijangka ditayangkan pada 5 April ini.

Sebelum ini, pihak Lembaga Penapisan FIlem (LPF) mengharamkan filem arahan Dain Said ini kerana dikatakan jalan ceritanya yang menyinggung perasaan keluarga mereka yang terbabit dengan kes yang diadaptasi ini.

Filem Dukun dibintangi barisan pelakon-pelakon hebat iaitu Datin Paduka Umie Aida, Adlin Aman Ramlie, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Namron, Bront Palarae, Elyana, Nadiya Nisaa, Mislina Mustafa, Chew Kin Wah dan ramai lagi.