Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Izzue Islam keluar Forteen kerana dipulau ahli kumpulan

image 2

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Izzue Islam ambil keputusan keluar Forteen disebabkan insiden dipulaukan yang menjadi punca penyanyi itu untuk mengundurkan diri daripada kumpulan Forteen.

Jelas Izzue, selepas beberapa hari tidak berkomunikasi dengan ahli kumpulan yang lain, dia nekad mengambil keputusan mengejut itu dan akan bergerak solo selepas ini.

“Pada mulanya masih boleh dibendung tetapi akhir-akhir ini, Izzue bagaikan tidak wujud dalam kumpulan itu, rasanya sukar untuk bekerjasama kalau kita dipulaukan.” kata Izzue kepada Utusan Online.

Menafikan persembahan di pentas Gegar Vaganza musim kelima menjadi sebab persengketaan antaranya dengan tiga lagi anggota iaitu One, Ameer dan Ariz, kata Izzue, 28, perkara itu bukan penyebab dia dipulaukan.

"Ini kerana, setiap daripada mereka tahu dengan kemampuan masing-masing" kata Izzue.

“Tujuh tahun bersama-sama. mereka lebih tahu tahap kemampuan vokal saya,” katanya sambil menambah, “buat masa ini memang tidak terfikir untuk kembali bersama Forteen. Saya akan meneruskan kerjaya seni secara solo selepas ini.”

Bimbang dan Sahabat antara lagu yg telah dihasilkan oleh Izzue dan turut dikenali sebagai pelakon.