Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Cristina Suzanne sah bergelar isteri

Cristina Suzanne, memuat naik fotonya dalam bilik persalinan pengantin di akaun Instagram miliknya semalam. Cristina Suzanne, 33, seorang pelakon, terus dihujani dengan ucapan tahniah bertalu-talu daripada peminat dan rakan-rakannya.

Cristina Suzanne Sah Bergelar Isteri

Cristina Suzanne telah melangsungkan majlis pernikahan dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai M. Faiz Zakaria dalam sebuah majlis resepsi yang sederhana. Sebuah portal berita hari ini berkongsi foto Cristina Suzanne dan suami selepas majlis berlangsung.

Bagaimanapun, pelakon Surf This Love yang sangat terkenal dengan sikap low profile ini masih belum membuat atau mengesahkan mengenai majlis tersebut, sebaliknya hanya berkongsi sekeping gambar dengan kapsyen 310318.

Walauapapun, selamat pengantin baru dan semoga jodoh berkekalan hingga ke anak cucu kepada Cristina Suzanne dan suaminya M. Faiz Zakaria.