Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Belum tutup aurat kerana masih berlakon, kata Ellie Suriaty

Pertahan sebab Najib cemerlang kata Ellie Suriaty

Ellie Suriaty menafikan dia dibayar oleh pihak tertentu berhubung tindakannya menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pelakon berusia 48 tahun itu menyifatkan sokongan itu bersifat perjuangan untuk menegakkan keadilan tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Ujarnya,

Apa yang berlaku di mahkamah itu bukan pakatan atau rancangan, semua yang ada di sana ada perasaan yang sama.

Kami tidak dibayar, jangan sesiapa tuduh saya ambil duit, makan dedak atau sebagainya. Saya bukan orang yang boleh dibeli.

Pada malam Sabtu lalu, Ellie membuat penjelasan menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya.

Pada Rabu lalu, Ellie hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada Najib yang didakwa di atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa.

Menerusi video berdurasi 17 minit itu, Ellie memberitahu, dia mula menyokong bekas presiden Umno itu selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.

Katanya, perkara itu didorong perasaan bimbang dengan nasib bangsa Melayu di bawah pimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan.

Katanya lagi,

Saya masuk Umno setelah kerajaan (BN) jatuh dan ia adalah kerana saya kenangkan nasib anak bangsa kita nanti.

Apa akan jadi dengan nasib anak Melayu dan agama Islam.

Ellie juga turut berasa kesal dengan kecaman netizen yang menuduhnya dengan pelbagai komen negatif terutama menyentuh tentang dirinya tidak menutup aurat namun ujar Ellie, dia mempunyai alasan berkaitan hal itu.

Tambahnya,

Ramai yang kecam kata saya kuat sembang berjuang demi agama, bangsa, negara tapi saya tak pakai tudung. Mereka kecam sedahsyat-dahsyatnya.

Saya belum menutup aurat kerana masih aktif berlakon dan membawa pelbagai watak yang tidak bertudung.