Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Bekas isteri Adi Putra bengang indvidu kaitkan rakannya

Bekas isteri kedua Datuk Adi Putra iaitu Norshahida Zolkifly bengang apabila sebuah akaun Instagram palsu mengeluarkan kata-kata negatif mengaitkan seorang rakannya dalam hal peribadi dan rumahtangga yang dilaluinya.

Norshahida, 34, berkata, individu yang menggunakan akaun palsu @mannequinraf itu tidak patut melibatkan orang lain jika mempunyai problem dengan dia yang pernah berkahwin dengan Adi Putra.

"Saya rasa sebagai peminat yang terlalu memuja selebriti dan pelakon, saya faham akan ketidakupayaan anda untuk berada dalam industri hiburan ini.

"Bila mana awak mengecam @nooraimihosamudin, itu adalah dosa awak terhadap dia. Tapi bila libatkan nama saya, its getting personal. Come and meet me!, so that we can discuss what is your problem with me," ujarnya.

bekas isteri adi putra

Norshahida berkata demikian selepas memuat naik komen sebuah akaun Instagram sahabatnya bergambar bersama pelakon terkenal, Syafiq Kyle.

"Akak ni kawan baik Shahida bekas isteri Adi Putra kan? tidak hairanlah perangai sama. Jangan marah," tulis komen di akaun berkenaan.

Menurut Norshahida, dia sudah lama bersabar dengan individu berkenaan dan berharap dapat mengenali identiti sebenar di sebuah akaun palsu berkenaan.

"Sabar memang sabar tapi dah lama tengok ID ni. Manusia ni macam-macam, boleh tahu perangai kita, kenal saya ke?

"Sama-sama kita doakan dia agar dapat kasih sayang dari siapa yang dia nak, moga berjodohan dengan artis, baru tahu rasanya," ujarnya.

Norshahida telah berkahwin dengan Adi sebagai isteri kedua pada 20 Jun 2016. Bagaimanapun menerusi laporan mStar pada 23 Mac lalu, Adi mengesahkan dia tidak lagi mempunyai hubungan dengan kedua-dua isterinya.

Dia membuat pengumuman mengenai penceraian itu menerusi laman Instagram.

Pada 18 Januari lalu, pelakon KL Gengster itu mengumumkan bernikah semula dengan bekas isteri pertamanya Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 43.

Adi dan Zuhaidah berkahwin kali pertama pada 14 April 2006 dan tidak dikurnaikan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.