Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Balkisyh Mangsa Keadaan Masalah Rumahtangga

Balkisyh

PELAKON terkenal Balkisyh Semundur Khan menberitahu dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang 11 tahun berkahwin.

Balkisyh, 31 mendakwa, walaupun kehidupannya nampak bahagia namun hakikatnya dia terpaksa menyembunyikan penderitaan itu selain pernah membuat 14 laporan polis terhadap bekas suaminya.

"Selama ini, saya memang merahsiakan masalah rumah tangga kepada umum kerana ingin menjaga aib kedua-dua belah pihak. Bagi saya, selagi masih ada ikatan suami isteri saya perlu sembunyikan masalah dalaman dihadapi.

"Walau Bagaimanapun selepas sah bercerai September pada tahun lalu barulah saya berani bersuara mengenai apa yang dilalui selama ini.

“Sebenarnya sepanjang tempoh itu perkahwinan kami tampak bahagia hakikatnya ia hanya dua tahun pertama sahaja. Sembilan tahun lagi menderita dan selama itu juga sebanyak 14 laporan polis saya buat dan ada terpaksa ditarik balik,” beritahunya.

Balkisyh dan Mohd Aizad Rosli berkahwin pada 2007 dan sah bercerai pada 5 September tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qalesya, 7, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 2.

Menurut Balkisyh, kehidupannya lebih mencabar apabila ditinggalkan sehelai sepinggang selepas bercerai.

Malah, pelakon yang terkenal menerusi drama Mak Cun itu berkata, dia juga terpaksa menumpang rumah jiran kerana tiada wang untuk meneruskan hidup.

"Selepas bercerai saya ditinggalkan dengan akaun kosong, hutang rumah, kereta tertunggak selama empat bulan dan rumah pula dikunci.

"Saya dan anak-anak terpaksa menumpang simpati di rumah jiran selama empat hari kerana bekas suami tak beri masuk ke rumah terbabit.

Selepas itu saya terpaksa berjuang mencari duit membayar hutang piutang yang ditinggalkan begitu saja," katanya turut memberitahu tidak mempunyai keluarga dan hidup seorang diri di Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai video viral memperlihatkan kekecohan apabila dia menendang kaki lelaki baru-baru ini, Balkisyh berkata, dia sudah hilang sabar dengan sikap bekas suaminya itu.

"Kejadian (rakaman video) itu berlaku pada 13 Julai lalu semasa hari jadi saya gara-gara bekas suami tidak puas hati dengan kes mahkamah mengenai hak penjagaan anak.

Saya menang dan dapat hak penjagaan anak selepas mahkamah membuktikan saya bekerja dan mampu menjaga anak-anak.

Tapi tidak logiknya, dia membawa dokumen mahkamah untuk ambil anak membuatkan saya tidak percaya.

Jadi kami berjumpa dan rupa-rupanya dia ingin merakam video. Sedangkan anak-anak memang tidak mahu pergi dengannya," katanya.