Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Baim Wong dan Paula selamat bertunang

Pelakon terkenaal Baim Wong selamat mengikat tali pertunangan dengan pelakon dan model, Paula Verhoeven.

baim wong

Pada sabtu yang lalu, keluarga Baim telah menghantar rombongan merisik dan melangsungkan majlis pertunangan di Balemong Resort, Semarang, Indonesia, iaitu tempat asal Paula sendiri.

Baim dan Paula memilih busana tradisi Jawa sambil diiringi kedua-dua belah keluarga Baim dan Paula pada majlis berkenaan.

Sebelum ini, pasangan romantis ini dikhabarkan akan bernikah pada Ogos depan, tetapi selepas majlis pertunangan berlangsung, Baim berkata, apa yang boleh disahkan adalah mereka akan berkahwin di ibu kota, Jakarta.

Bagaimanapun Baim mahupun Paula memilih untuk merahsiakan tarikh perkahwinan mereka sehingga segalanya sudah ditetapkan.

InsyaALLAH majlis pernikahan akan di jalankan di Jakarta. Ramai juga bertanya mengapa tidak di Bali. Tapi di Bali peluangnya cuma 20 peratus sahaja kerana semua ahli keluarga berada di Jakarta.

"Buat masa ini kami belum boleh berkongsi tarikh pernikahan kerana masih ada lagi banyak perkara yang perlu ditetapkan. Malah urusan di pejabat agama juga belum dibuat.

"Jadi bila sudah ditetapkan semua, kami akan beritahu," kata Baim.

Baim dan pelakon filem Supernova itu hanya berkenalan secara serius dan menjalin hubungan cinta selama tiga bulan sebelum Baim memutuskan untuk melamar.

Lamaran terhadap Paula dilakukan di sebuah pantai di Bali, 10 Julai lalu.

Kata Baim “Saya sudah bersedia menjadi suami. Apa yang harus ditunggu tunggu lagi,” kata Baim dalam satu kenyataannya sebelum ini.

Baim sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan Elfira Loy namun mereka menafikannya dengan mengatakan sekadar kawan baik di set dramanya di Malaysia atas arahan Micheal Ang.

Pelakon sinetron popular Benci Bilang Cinta dan Pashmina Aishah itu juga pernah melalui hubungan cinta yang tidak kesampaian dengan beberapa selebriti popular lain antaranya, Marshanda, Yasmine Wildblood dan Vebby Palwinta.