Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Arif Jiwa Sambut Hari Jadi Bersama Anak Yatim

Arif Jiwa, cucu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, meraikan sambutan ulang tahun pertamanya semalam bersama anak yatim dari Rumah Anak Yatim Titian Kasih, Titiwangsa.

Arif Jiwa dilahirkan pada 31 Mac 2017, dan merupakan cahaya mata pertama pelakon Tya Ariffin dan suami, Asyraf Khalid yang mendirikan rumahtangga hampir tiga tahun lalu.

Arif Jiwa Rai Hari Jadi

Menurut Asyraf Khalid menerusi perkongsian yang dibuat di web Instagram miliknya, perancangan meraikan majlis di rumah Titian Kasih tersebut tercetus daripada idea bersama isterinya Tya Ariffin.

Demi Arif juga, semua aktiviti yang dirancang sepanjang majlis tersebut juga dilakukan sendiri, Tya Ariffin.

Ramai yang memuji sikap prihatin ibu bapa Arif yang memilih untuk meraikan sambutan ulang tahun pertama bayi popular, Arif Jiwa yang sering menjadi perhatian netizen di Instagram, dengan golongan anak yatim yang tidak bernasib baik sekali gus berkongsi kegembiraan bersama mereka.

Ariff Jiwa juga merupakan salah seorang calon Top 5 Si Cilik MeleTOP, satu kategori Anugerah Era MeleTOP 2018 yang bakal berlangsung pada 8 April depan.