Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Aliff Syukri kesal dilayani seperti budak sekolah

aliffsyukri 32

Datuk Seri Aliff Syukri pada malam tadi meluahkan perasaan kecewanya di Instagram.

"Sukar saya ungkapkan perasaan terhina. Kalau saya tahu macam ini tak payah nyanyi lagu #biarapaorgkata lagi bagus. Jangan layan saya macam budak sekolah, saya bayar berjuta-juta kot?," tulisnya pada status pertama.

Penaja utama Gegar Vaganza musim kelima itu juga turut memohon maaf kepada rakan-rakan jemputannya itu pada status keduanya.

"Saya mohon maaf pada @datoserivida, @datosrisalmahismail @zoeyrahman dan @kakgirlsebenar yang datang jauh-jauh.

"Tadi sepatutnya mereka join sekali menari tapi berlaku perkara yang saya tak rancang dan tak tahu apa motif mereka nak aibkan saya? Saya rasa macam mereka buat saya macam budak sekolah," tambahnya.

Dalam program GV5 Akhir yang berlangsung itu, Aliff membuat persembahan dengan menyampaikan lagu terbaharunya, Biar Apa Orang Kata.