Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Ako Mustapha berjaya kurus, hilang 20KG

Ako Mustapha

Gara-gara perubahan fizikal yang begitu ketara, kelibat pelakon Ako Mustapha ketika menghadiri rumah terbuka saluran Astro Warna pada Isnin lalu hampir tidak dikenali.

Menyentuh mengenai perubahannya itu, Ako, 46, berkata, ia adalah hasil ketegasan daripada isterinya, Kartina Abdullah sejak dua tahun lalu yang mahu dia bersenam dan mengamalkan diet demi kesihatannya.

Ako Mustapha Kurus

Jelas Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, sebelum ini berat badannya mencecah 90 kilogram namun angka itu berjaya diturunkan sehingga 70 kilogram sahaja.

"Ada orang ingat perubahan saya ini mendadak sebaliknya ia usaha yang memakan masa dua tahun untuk mengurangkan 20 kilogram!

"Ini semua hasil ketegasan isteri saya yang mahu saya menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup serta pemakanan sihat.

"Kebiasaannya isteri saya akan pantau apa yang saya makan dan paksa saya bersenam. Apa yang dilakukan semuanya untuk kesihatan saya," katanya.

Ako Mustapha dan isteri juga anak terkini

Ujar Ako lagi, perubahan fizikalnya itu juga dilakukan demi kerjayanya sebagai pelakon agar tampak lebih baik dalam kamera.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Ako mengakui dia kini sudah jarang berlakon kerana lebih selesa bekerja di belakang tabir.

Katanya lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia lebih banyak bertindak sebagai produser bagi menerbitkan program televisyen dan ia memberi kepuasan kepadanya.

"Tawaran berlakon masih ada cuma adakalanya saya tolak sebab kebanyakan watak diberikan sama sahaja. Tapi, jika ada yang benar-benar menarik perhatian saya terima.

"Sekarang saya banyak terlibat di belakang tabir, meneribitkan program televisyen selain ada bisnes lain," ujarnya.