Gambar dan video Amyra Rosli dan Amar bertunang

Amyra Rosli dan Amar Baharin selamat bertunang dalam sebuah majlis tertutup petang tadi di Sunway Montana, Desa Melawati di sini.

Amyra Rosli tampil anggun menggayakan busana putih persis seorang puteri pada majlis yang dihadiri oleh saudara dan rakan terdekat itu.

Pada 18 Julai lalu, pasangan pelakon ini mengumumkan akan bertunang hari ini dalam sebuah majlis ramah-mesra di ibu kota. Pada acara berkenaan, mereka turut memaklumkan akan berkahwin sebagai pasangan suami-isteri pada 11 November depan.

Amar Baharin nafi bertunang dengan Amyra Rosli

Dalam perancangan perkahwinan itu, majlis persandingan di sebelah keluarga Amyra akan diadakan sehari selepas acara akad nikah. Seterusnya pada 19 November, majlis di sebelah Amar Baharin pula akan dilangsungkan.

Sebelum ini, Amyra Rosli dan Amar Baharin sering memberikan jawapan selamat apabila diajukan mengenai status hubungan kedua-duanya. Bagaimanapun kekerapan berlakon bersama, serta gambar kemesraan yang dimuatnaik di laman sosial mereka telah menguatkan lagi gosip Amar dan Amyra bercinta. Dalam masa yang sama, berita pertunangan ini telah merungkai segalanya.

Ikuti dibawah berikut Gambar dan video pertunangan Amyra Rosli dan Amar Baharin.