Zain Saidin dan Che Ta sedia 110 pasang baju raya

Pelakon Zain Saidin memberitahu media, dia sudah mempersiapkan pakaian Hari Raya pada tahun ini sebanyak 110 pasang untuk mereka tiga beranak.

Zain Saidin dan Che Ta sedia 110 pasang baju raya

Zain, 32, berkata pakaian untuk dia dan isteri iaitu Rozita Che Wan setiap seorang ialah 30 pasang manakala anak mereka Aaisyah Dhia Rana pula sebanyak 50 pasang.

"Kalau Che Ta 30 pasang, saya pun samalah. Cukup la untuk sebulan raya," katanya kepada media.

Pada tahun lalu tiga beranak ini masing-masing mempunyai 20 pasang pakaian raya.

Tambah Zain, Che Ta lebih teruja untuk mempersiapkan pakaian raya untuk anak mereka yang kini berusia dua tahun dan jumlahnya mungkin lebih daripada 50 pasang.

"Untuk anak biasalah Che Ta yang akan lebih teruja. Mungkin melebihi 50 pasang la kot! Kita tnggu dan lihat saja nanti,” kata Zain.

Menurut Zain lagi, semua pakaian Hari Rayanya pada tahun ini adalah daripada koleksi sendiri iaitu Ketak by ZainSaidin.

Zain turut memberitahu dia sekeluarga akan beraya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halaman Che Ta di Kedah pada Hari Raya kedua.

Zain yang kini sedang sibuk dengan koleksi jenama kasutnya sendiri iaitu ZapatoS yang diperkenalkan sejak Ogos lalu memberitahu jenama kasut mampu itu adalah hasil kombinasi jenama LV dan idenya sendiri yang dijual antara RM150 sehingga RM250.

Setakat ini katanya 3,000 koleksi telah dihasilkan dan sebanyak 80 peratus sudah dijual.

Bagaimanapun kata Zain dia sedikit bimbang jika kehabisan stok selepas berhasrat menjualnya sempena KL Raya Fest yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 hingga 26 Jun ini.