Penganjur Gesa Search Mohon Maaf, Bayar RM1.5 Juta

Penganjur Konsert Search 35 Tahun, Afjets Sdn Bhd, memberi tempoh 14 hari kepada kumpulan rock terbabit untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, sekali gus menuntut kos ganti rugi RM1.5 juta ekoran tindakan mereka mengeluarkan kenyataan yang dianggap fitnah.





Kumpulan itu juga didakwa telah melanggar memorandum persefahaman (MoU) apabila menamatkan kontrak kerjasama secara tidak sah.

Memetik laporan, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amrul Nizar Anuar, berkata segala tuduhan yang dilemparkan oleh kumpulan Search terhadap syarikat berkenaan sebelum adalah ini tidak benar.