Hazama kahwin selepas Hari Raya Aidilfitri 2016

Hazama kahwin selepas Hari Raya Aidilfitri 2016

Penyanyi terkenal Hazama baru-baru ini telah mengumumkan bakal menamatkan zaman solonya bersama pemuzik Genervie Kam selepas Hari Raya Aidilfitri setelah mereka menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun.

Apa yang menarik perhatian ramai tentang kisah percintaan pasangan selebriti ini adalah kerana Genervie bukan beragama Islam.

Sementara itu, Hasmah Zahari iaitu ibu Hazama mengakui dia merestui hubungan cinta anaknya itu dan merasakan Genervie sudahpun menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Menurut Hasmah, teman wanita anaknya itu adalah seorang yang berbudi bahasa dan pandai memasak.



“Makcik restu hubungan Hazama dengan Genervie. Alhamdulillah, dia seorang yang berbudi bahasa dan ramah orangnya.

“Makcik tidak ada halangan untuk Hazama dan Gevervie berkahwin, ” katanya.

Selain itu, Hasmah turut memuji sikap Genervie yang ‘lebih Melayu’ berbanding orang Melayu sendiri.

“Dia macam orang Melayu. Kadang-kadang lebih Melayu berbanding orang Melayu sendiri. Bayangkanlah, tempoyak pun dia suka makan dan juga ikan patin.

“Ada sesetengah orang Melayu tak suka tempoyak.

“Makcik serahkan segala-galanya kepada Hazama untuk buat pilihan mengenai calon isteri dia. Sebagai orang tua, makcik hanya doakan yang terbaik buat mereka,” katanya.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Hazama memberitahu dia akan melangsungkan majlis pernikahannya secara tertutup kerana tidak mahu memberi tekanan kepada Genervie.

Genervie dijangka akan memeluk Islam pada bulan Ramadan nanti.