Hairul Azreen, Hanis Zalikha selamat timang anak sulung

Pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha selamat menyambut kelahiran anak sulung mereka pada jam 8.15 malam tadi.

Hairul Azreen, Hanis Zalikha selamat timang anak sulung

Hairul Azreen berkongsi berita gembira itu dengan peminatnya di laman Instagramnya.

Pasangan suami isteri itu memilih nama Yusuf Iskandar yang dilahirkan dengan berat 3.85 kilogram.

"Alhamdulillah. Jumaat. Isteri saya selamat melahirkan zuriat kami yang pertama. Syukur ke hadrat Ilahi," tulis Hairul Azreen yang turut memuatkan gambar beliau mendukung anak sulungnya itu.

Hairul dan Hanis berkahwin Jun tahun lalu.