Hafiz Hamidun masuk hospital

Penyanyi nasyid ter­kenal, Hafiz Hamidun, 32, telah dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu kerana disyaki menghidap jangkitan pada paru-paru.

Hafiz Hamidun masuk hospital

Hafiz dikatakan me­ngalami demam yang tidak kebah sejak seminggu lalu ketika berada di Indonesia atas urusan kerja.

“Sebaik pulang ke tanah air, saya terus ke hospital di Damansara untuk mendapatkan rawatan lanjut dan doktor menahan saya di wad kerana mengesyaki ada jangkitan pada paru-paru saya.

“Saya belum mendapat keputusan penuh tentang penyakit saya setakat ini, tetapi Insya-Allah, semuanya baik-baik sahaja,” katanya ketika dihubungi.