Dituduh sembah syaitan dan ikut ajaran sesat, Yuna bidas komen peminat

Baru-baru ini, penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna telah dituduh menyembah syaitan dan ikut ajaran sesat selepas tindakan penyanyi itu yang memuat naik sekeping gambar seperti dirinya sedang membuat gaya Iluminati di Twitter. Gambar itu ternyata telah mengundang cemuhan serta pelbagai komen serta persepsi negatif sesetengah pihak ekoran aksi gayanya itu.

Dituduh sembah syaitan dan ikut ajaran sesat, Yuna bidas komen peminat

Malah isu tersebut bertambah panas apabila ada pihak yang mendakwa pelantun lagu Crush ini menyembah syaitan serta mengikuti ajaran sesat tersebut sejak beliau mula aktif berkarya diluar negara.

Yuna yang berang dengan komen-komen berbaur sinis yang dilemparkan itu akhirnya tampil mempertahankan diri dengan menulis beberapa tweet membidas kembali pendapat orang ramai yang sewenangnya menilai beliau.

Bagaimanapun ramai antara peminat Yuna yang menyokong dan mempertahankan tindakan penyanyi itu dengan mengatakan rakyat Malaysia terlalu taksub dengan Iluminati.

yuna bidas komen peminat