Diana Danielle rela pakai baju pasar malam

Diana Danielle tidak kisah jika dirinya terpaksa memakai baju yang di beli di pasar malam sahaja demi ingin menyimpan wang untuk anak-anaknya.

Diana Danielle rela pakai baju pasar malam

“Saya tidak kisah jika terpaksa membeli baju di pasar malam asalkan saya tidak membazir wang. Ketika saya remaja dulu, saya sudah puas mengecapi apa yang dikehendaki. Selepas ini jika teringin baju baharu, saya akan mendapatkannya di pasar malam sebab saya mahu simpan wang untuk masa depan anak-anak kerana ingin membelikan setiap mereka rumah.”

“Hari ini saya mencari rezeki untuk anak-anak. Jika dulu saya pakai barangan berjenama, tetapi kini semua itu bukan lagi keutamaan. Selepas Muhammad lahir, saya tidak lagi keluar membeli-belah untuk diri sendiri. Baju, beg dan kasut yang dibeli dulu masih boleh digunakan, tidak perlu membazir,” katanya kepada pemberita berhubung perkara itu.

Pada masa yang sama, Diana berkata sekarang dia lebih memberikan tumpuan kepada kedua anaknya. Terdahulu, Diana telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon terkenal, Farid Kamil pada penghujung 2012. Hasil perkahwinan selama empat tahun lalu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 3 tahun dan Nur Aurora yang berusia 7 bulan.