Aweera muntah benang hitam, khuatir diri terkena ilmu hitam

Penyanyi Aweera mendedahkan berasa khuatir dirnya terkena ilmu hitam selepas mengalami demam dan batuk sejak tiga bulan lalu dan lebih merisaukannya apabila dia juga mengalami muntah hingga mengeluarkan benang.

Aweera muntah benang hitam, khuatir diri terkena ilmu hitam

Aweera berkata, ekoran demam dan batuk yang berpanjangan, dia ada mendapatkan rawatan di klinik namun doktor mengesahkan kerongkong dan tonsilnya sihat.

"Tiga orang doktor, tiga klinik saya pergi semua bagi keputusan yang sama. Mereka cakap tonsil saya sihat dan tidak bengkak. Merah sedikit itu biasa, kerana saya menyanyi. Saya makan ubat seperti biasa sehinggalah baru-baru ini saya muntah keluar benang dan itu sangat mengejutkan”

Dituduh sembah syaitan dan ikut ajaran sesat, Yuna bidas komen peminat

"Saya bukanlan jenis orang yang terlalu percayakan bomoh atau ilmu hitam tetapi perkara-perkara syirik dan khurafat itu wujud. Saya bimbang jika saya ‘terkena’ permainan orang syirik dan khurafat kerana saya tak pernah mempunyai musuh selama ini,” katanya.

Aweera turut memberitahu bahawa beliau sering mengalami masalah vokal setiap kali mempunyai undangan untuk membuat persembahan pentas walaupun ketika latihan vokalnya suaranya baik sahaja. Walaupun begitu, beliau akui terpaksa melanggar arahan doktor untuk berehat kerana terpaksa bekerja untuk mencari rezeki.