Hentikan sebar fitnah saya peluk agama Islam, kata Acappan

Viral di media social Acappan kononnya sudah memeluk agama Islam. Acappan pantas tampil menafikan dan memohon agar pihak terlibat untuk hentikan menyebarkan fitnah atau berita yang tidak benar.

Accapan peluk agama Islam

Pelawak vateran, Acappan menafikan dakwaan yang mengatakan beliau sudah memeluk agama Islam seterusnya meminta agar orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu itu. Jelasnya lagi, gambar-gambar yang tersebar di laman sosial itu adalah ketika beliau menghadiri jemputan berbuka puasa Ahad lalu di sebuah surau di Salak Tinggi dekat sini.

Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu. Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam. Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan




“Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama. Saya suka agama Islam tapi saya mohon bagi saya masa untuk ke arah itu dan jangan sebarkan berita yang tidak betul.”Hari ini semua jadi kecoh dan keluarga saya juga minta penjelasan berhubung berita ini,” katanya kepada wartawan mengenai dakwaan itu.

Terdahulu kecoh apabila Acappan dikatakan telah memeluk agama Islam pagi tadi berikutan beberapa gambar beliau memakai baju melayu berwarna merah disamping dikelilingi jemaah dakwah tersebar. Malah beberapa posting mengatakan beliau sudah memeluk Islam serta mempunyai nama Islam Muhammad Ramadhan turut tersebar.