Zahirah MacWilson nak fokus pada kerjaya dulu



Peminat sedia mengetahui hubungan cinta yang terjalin diantara Zul Ariffin dan Zahirah MacWilson, namun kemesraan mereka telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai sejauh manakah hubungan itu. Bagi Zahirah, ianya masih terlalu awal untuk sampai ke peringkat pertunangan.

[Disyorkan : Amar Baharin nafi bertunang dengan Amyra Rosli]

“Memang kami sudah kenal diri masing-masing sudah setahun lebih, tapi untuk mengikat tali pertunangan itu rasanya masih terlalu awal. Sebab kami berdua masih belum berbincang lagi mengenainya dan masing-masing sedang fokus dengan karier sendiri. Jadi ikut rentak sajalah,” katanya kepada Media.

Ketika ditanya mengenai penglibatan Zul didalam filem baru terbitan bekas kekasihnya, Zahirah menjawab dengan ringkas bahawa tiada apa yang perlu rasa cemburu kerana beliau percaya kedua-dua pihak bersikap profesional didalam kerja masing-masing.

Sebelum ini, Zahirah pernah menafikan dakwaan orang ramai yang mengatakan bahawa hubungannya bersama Zul sudah berakhir. Malah dia menegaskan, hubungan mereka berdua masih berlangsung dengan baik sehingga sekarang tanpa ada sebarang masalah yang timbul.