Amy tak ikhlas lawat saya dan saja nak tunjuk kat media, kata Yazit

Nampaknya pertelingkahan diantara ahli kumpulan Search belum berpenghujung. Terbaru, pemain drum kumpulan itu, Yazit mendakwa bahawa kedatangan Amy ke hospital ketika beliau sakit bukanlah dilakukan dengan ikhlas tetapi hanya mahukan perhatian dari pihak media berita sahaja.

Yazit - Amy tak ikhlas lawat saya, saja nak tunjuk kat media

“Nampak atau tidak muslihat dia? Saya tidak sedarkan diri. Dia ambil tangan saya, bersalam, muka dia senyum tengok kamera. Apa maknanya itu? Dia hendak tunjuk pada media dia bagus. Sebagai kawan, dia tidak perlu buat begitu. Sepatutnya beliau duduk sebelah bacakan saya Yaasin kerana waktu itu saya koma, 50-50 saja. Itu kan lebih afdal tetapi hendak glamor juga”



“Dia datang sendiri atau isteri saya yang hubungi beliau? Isteri saya hubungi minta datang tengok. Lepas itu tiba-tiba dia buat cerita lain. Dia kena paksa datang dengan isteri saya, bukan ikhlas,” katanya kepada media ketika ditemui sewaktu menjalani rawatan hemodialisis di Setapak.

Terdahulu, Amy didalam satu sidang media pernah menyatakan bahawa pihaknya tidak pernah mengabaikan Yazit ketika beliau berada di hospital. Malah Amy juga mendedahkan kepada media bahawa beliau mempunyai gambar bersama Yazit ketika beliau melawatnya di hospital.