Yazid Ditengking Dimaki Isteri Amy Search



Pemain dram kumpulan Search iaitu Yazid telah membuat laporan polis selepas dia mendakwa ditengking dan dimaki oleh isteri kepada Amy Search, Norhasniza Hassan hanya kerana Yazid bertanyakan tentang bayaran yang sepatutnya beliau terima ketika terlibat didalam Konsert 35 Tahun Search baru-baru ini.

“Saya juga telah menerima satu panggilan telefon daripada Norhasniza. Dia memaki dan menengking kepada saya apabila saya bertanyakan mengenai bayaran duit yang sepatutnya saya dapat. Dan antara makian yang dilemparkan kepada saya seperti – kau tu dah tua, sakit nak mampus,” katanya.

Pada masa yang sama Yazid juga turut membuat laporan mengenai pecah amanah yang didakwa berlaku apabila beliau tidak menerima sebarang bayaran untuk konsert yang sepatutnya berlangsung pada 30 Ogos ini dan untuk beberapa persembahan sebelum ini juga.

Yazid berkata dia pernah dimaklumkan bahawa kumpulan Search telah dibayar sejumlah RM75,000 pada Disember 2015, namun beliau sendiri tidak pernah menerima sebarang bayaran bermula tarikh tersebut sehingga ke hari ini. Terkejut dengan perkara itu, Yazit telah membuat laporan polis.